|
|
| Saturday, 24-Jun-2006 19:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Malam Anugerah Emas ProCC 2006
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Jun-2006 11:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Autosaloon ProCC 2006
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Feb-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Biggest Gathering ProCC 2006 - Shah Alam
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 3-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ProCC CUP 2005
|
|
ProCC CUP 2005
3hb Disember 2005, Sekali lagi ProtonClub.Com berjaya mengadakan Kejohanan Bola Sepak Kelab-Kelab Kereta 2005. Piala yang menjadi keagungan ProCC menjadi rebutan 12 Pasukan yang menempah nama pada tahun ini. ProCC CUP 2005 kali ini telah disertai oleh ProCC FC (A), ProCC FC (B), 3Motorsport (A), 3Motosport (B), Classic FC, PMC, Tanjung Rezeki, All Star Dream Team, D’ZoneClub, De’Kota FC, GITN FC, dan Laporpo FC.
ProCC CUP 2005 telah diadakan di Padang Sek. Men. Keb. Pandan Indah. Kejohanan ini bermula pada awal pagi lagi iaitu jam 9.00pagi dan berakhir jam 6.30ptg. Perlawanan agak sukar dibelah pagi memandangkan keadaan yang becak disebabkan hujan pada pagi hari sebelum perlawanan bermula.
Pada jam 9.00pagi, ProCC FC (A) memulakan upacara pembukaan dengan menentang pasukan Tanjung Rezeki. Malangnya, nasib tidak menyebelahi ProCC FC (A), dimana tewas 0-1. Tanjung Rezeki telah menjadi Johan Kumpulan A walaupun seri dengan GITN FC, ini kerana GITN FC juga seri 0-0 dengan ProCC FC (A).
PMC iaitu johan ProCC CUP 2004 turut cemerlang pada pusingan awal dengan mengalahkan Laporpo FC 1-0 pada peringkat saringan. Namun begitu terpaksa akur dengan kekalahan jaringan penalti sewaktu menentang ProCC FC (B) dengan kekalahan 2-3 menyebabkan ProCC FC (B) menjadi johan kumpulan B dan PMC naib johan kumpulan B.
De’Kota FC merupakan satu-satunya pasukan remaja yang sangat ditakuti oleh semua pasukan kerana para pemainnya dianggotai oleh remaja belasan tahun yang muda dan kencang. De’Kota FC telah menewaskan All Star Dream Team dengan 2-0 dan 3Motorsport (A) dengan 3-1 dan meletakkan De’Kota FC juara kumpulan C dan All Star Dream Team merupakan naib juara kumpulan C setelah mengalahkan 3Motorsport (A) dengan jaringan 1-0.
D’ZoneClub turut hampa dan terpaksa akur apabila ditewaskan oleh Classic FC 0-1 dan juga kalah dalam perlawanan kedua menentang 3Motorsport (B) 0-2. 3Motorsport (B) hanya mampu seri dengan Classic FC 0-0. Walaubagaimanapun 3Motorsport (B) telah menjadi johan kumpulan D apabila menang aggreget semasa menentang D’ZoneClub.
Perlawanan peringkat Suku akhir bermula tepat jam 2.30ptg. Bermula dengan perlawanan yang agak sukar, Tanjung Rezeki telah terkandas ditengah jalan apabila tewas tipis 0-1 dengan pasukan All Star Dream Team. Manakala De’Kota FC turut hamper apabila tewas penalti dengan GITN FC 0-2. Perlawanan seterusnya ProCC FC (B) turut mendapat nasib yang sama apabila tewas kepada Classic FC 3-0. Manakala PMC telah berjaya mara keseparuh akhir apabila menewaskan 3Motorsport (B) dengan jaringan penalti 3-2.
Separuh akhir mempersembahkan pasukan-pasukan yang telah mara setapak iaitu All Star Dream Team menentang Classic FC dan GITN FC menentang PMC. Classic FC dan PMC telah mara ke Final apabila menundukkan lawan masing-masing.
Pada perlawanan akhir, Classic FC ternyata unggul apabila menjaringkan 4 gol tanpa balas apabila menentang PMC. PMC terpaksa akur dengan menyerahkan Piala ProCC kepada juara baru iaitu Classic FC. All Star Dream Team telah berjaya menewaskan GITN FC dan telah merebut tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada Classic FC yang merupakan juara baru ProCC CUP 2005. Pihak penganjur iaitu ProtonClub.Com ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua ahli ProCC yang hadir dan juga kepada semua pasukan-pasukan yang bertanding pada tahun ini. Tidak dilupakan kepada pengadil-pengadil yang turut bekerja sama dan Urusetia ProCC CUP 2005 yang tidak pernah kenal erti penat sehingga berjayanya ProCC CUP 2005. Untuk melihat banyak gambar, bolehlah layari www.protonclub.com
Majulah Sukan untuk Negara
Laporan
Admin@protonclub.com
Johan ProCC CUP 2005: Classic FC
Naib Johan: Proton Mania Club (PMC)
Ketiga: All Star Dream Team
|
|
|
|
| Saturday, 22-Oct-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Berbuka Puasa Bersama ProCC 2005
|
|
Diantara AHli Yang Hadir :
1) Hifni &
2) Fida
3) Matrix &
4) Ehem Ehem
5) Momo
6) Najib
7) Wife Najib
8 ) Diims &
9) Kak Maya & Nabila
10) Tetamu Diims
11) Mongkut
12) Anizar
13) Mawi
14) Aniee (wife Mawi)
15) Tetamu Mawi 1
16) Tetamu Mawi 2
17) Esir &
18 ) Ija
19) Wnazry
20) Awek Wnazry
21) Sakosx
22) Zue (Wife Sakosx)
23) Aruz
24) Wife Aruz & anak
25) Affarizal tokey ST
26) Wife Affarizal & anak
27) Tetamu Affarizal
28 ) Play_boy
29) Zam-MH
30) Nita (Wife Zam-MH) & anak
31) Zullproton
32) Wife Zullproton
33) Amyblack
34) Wife Amyblack
35) Lamboqs
36) Campro
37) Wife Campro
38 ) Iesblues
39) Epull
40) Agent17 aka agen yg bagus
41) Nomend
42) CT (Wife Nomend)
43) Singledude7 aka Maran
44) Shamz_77
45) Wife Sham77
46) Wiraevo
47) Sue_syafiq
48 ) Tetamu Sue_syafiq
49) Siti Munira
50) Tetamu Siti Munira 1
51 ) Tetamu Siti Munira 2
|
|
|
|
| Sunday, 31-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ProCC The Big Gathering 2005
|
|
Pada hari Ahad 31hb Julai 2005 yang lalu, ProCC telah mengadakan perjumpaan besar bersama ahli-ahli ProCC di Taman Bukit Jalil Kuala Lumpur. Para ahli yang hadir terdiri daripada sekitar Lembah Klang, Pahang dan Negeri Sembilan. Bermula dari jam 10.00pagi lagi ahli-ahli ProCC ini telah membanjiri Taman Bukit Jalil. Kira-kira 30 buah kereta dan lebih 50org ahli ProCC bersama sanak keluarga hadir pada perjumpaan kali ini.
Acara telah dimulakan dengan sessi pengenalan oleh Mohd Hifni selaku Presiden ProCC dan kemudian pengenalan oleh NajibKL selaku Naib Presiden ProCC. Kemudian disusuli oleh sessi suai kenal bersama ahli yang dikendali oleh Maran (Single Dude 7). Sejurus selepas itu, ProCC mengadakan sessi pendaftaran ahli baru dan sessi tampal Banner ProCC pada kereta ahli baru. Sejam kemudian ProCC didatangi oleh 3 orang jurujual GV dari syarikat Ultimate Energy Sdn. Bhd. yang diketuai oleh En. Raja. Beliau telah membuat demo tentang product GV yang merupakan shock absorber dan adjustable. Demo tersebut sangat berkesan dan diikuti dengan sessi uji pandu kereta yang telah dipasang dengan GV tersebut.
Setelah selesai sessi demo tersebut, kami teruskan dengan aktiviti Kempen Tabung Bersamamu TV3. Terima kasih kepada semua ahli yang telah menderma. Walaupun sedikit, derma anda amatlah dihargai dan semoga Allah membalas budi sumbangan ikhlas tuan puan. Kemudian terdapat juga acara sampingan oleh ahli-ahli ProCC, iaitu acara membuka bonet kereta, melihat enjin dan ICE dan sebagainya. Sessi D.I.Y oleh Cikgu Lan_WLB turut disaksikan oleh ahli. Setelah penat berjemur ditengah panas, tibalah sessi pengambaran. Sessi inilah yang amat ditunggu-tunggu oleh semua ahli. Kami dapat mengambil beberapa gambar tanda kenangan kami di Taman Bukit Jalil. Setelah selesai bergambar, kami terus bergerak konvoi untuk makan tengahari dikawasan makan berhampiran Carrefour Sri Petaling. Kami menjamu selera disana dan berbincang sesama ahli serta merapatkan lagi hubungan persahabatan. Setelah selesai makan, kami menunaikan solat Zuhor dan kemudian bersurai. Terima kasih buat semua ahli yang hadir, yang datang dari jauh terutamanya dari Pahang dan Negeri Sembilan terima kasih kami ucapkan. Begitu juga ahli ProCC Lembah Klang yang turut menceriakan hari-hari ProCC, terima kasih kerana hadir pada hari tersebut. Semoga ProCC terus Maju Jaya. Hidup ProCC!
|
|
|
|
| Friday, 15-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Makan Malam bersama ProCC Johor
|
|
Makan Malam bersama ProCC Johor
Pada 15hb Julai 2005 ProCC Johor telah mengadakan perjumpaan bulanan di Restoran Makanan Laut D'cemara Kampung Tanjung Langsat yang berada kira-kira 15km dari bandar Pasir Gudang. Kehadiran kami disambut baik oleh pengusaha restoran tersebut dan menyediakan tempat khas untuk kami meletakkan kenderaan. Jamuan makan malam bersama ProCC Johor diserikan lagi dengan berberapa hidangan makanan laut seperti ikan siakap, udang, sotong dan beberapa hidangan yang menyelerakan. Majlis tersebut berlangsung di atas banggunan terapung yang terdapat di sekitar restoran tersebut serta ditemani oleh pemandangan malam dari laut Tanjung Langsat.
Seramai 13 orang telah menghadirkan diri untuk jamuan makan malam ini termasuk dua orang ahli baru. Seperti biasa ahli mengadakan perbincangan untuk aktiviti seterusnya untuk bulan Ogos & September. Saudara Lee Rider telah menjemput ke rumah beliau pada 7hb Ogos sempena perkahwinan 2 orang adiknya dan saudara Arni menjemput semua ahli untuk majlis perkahwinannya di Rengit Batu Pahat pada 4hb September. Ahli bersependapat untuk mengadakan konvoi bagi Kedua-dua majlis tersebut dari Johor Bahru atau Pasir Gudang. Kami juga telah membincangkan beberapa perkara yang berkaitan serta hala tuju ProCC Johor dimasa hadapan. Perjumpaan ini juga telah memperkenalkan dua orang ahli baru iaitu saudara Arni dan saudara Zulkaria serta mendengar pendapat mereka mengenai ProCC. Masa yang terluang digunakan sebaik mungkin untuk berkenalan dengan lebih rapat di antara satu sama lain.
Makan Malam bersama ProCC Johor dihadiri oleh ;
01. e-Zals
02. i-nizam78
03. lee rider
04. Demang & tetamu
05. Ridzman
06. Azul98
07. Eeolemon
08. Arni
09. Zulkaria dan isteri
10. Puteri Alin
11. Star Eiz
Ikhlas: AJK ProCC Johor.
|
|
|
|
| Saturday, 25-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ProCC @ Pertandingan Futsal KSN 2005
|
|
|
ProCC FC telah menghantar wakil ke pertandingan futsal di Komplek Sukan Negara Bukit Jalil pada 25hb-26hb Jun 2005 .
|
|
|
|
| Sunday, 5-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ProCC Zon Utara @ Lost World Of Tambun, Perak
|
|
Pada hari Ahad 5hb Jun 2005, ahli-ahli ProtonClub Zon Utara yang terdiri dari negeri Pulau Pinang Dan Perak telah bergabung tenaga mengadakan satu aktiviti bersantai sambil beriadah di The Lost World Of Tambun, Perak.
Antara yang hadir dalam aktiviti tersebut dari negeri Pulau Pinang ialah saudara Kuyunkiva dan 4 orang rakannya, KucinHijau dan keluarga, Mamats dan keluarga, Wilda dan Keluarga, Arie dan Mijan masing-masing bersama rakan (Hafiz Gsr dan Afiq). Pasukan konvoi dari Pulau Pinang telah berkumpul di perhentian Juru seawal jam 9.00 pagi dan bertolak ke Tambun pada jam 9.40 pagi setelah semua ahli berjaya dikumpulkan. Konvoi diketuai oleh Saudara KucinHijau dan Mamats selaku Ketua Marsyall. Sejumlah 7 buah kereta berjaya mengikuti konvoi ke Tambun tanpa sebarang masalah dan tiba disana pada jam 11.50 pagi.
Setibanya kami disana, ahli-ahli ProtonClub Perak iaitu Putera, Hangzul, Idnawse bersama keluarga dan Adek78 juga turut menghadirkan diri bagi menjayakan lagi aktiviti ini. Turut serta Saudara Riyad71 bersama keluarganya dari Negeri Pahang yang kebetulan berada di Perak.
Suasana semasa di The Lost WOrld Of Tambun amat meriah sekali dengan gelagat para ahli yang kelihatan begitu bersemangat untuk bermandi-manda setelah dapat berkumpul beramai-ramai.
Setelah selesai bermandi-manda pada jam 4 petang, kami berkonvoi pula ke restoran Mee Rebus yang di rekemenkan oleh saudara Hangzul berhampiran dengan kawasan Tambun. Segala penat lelah ahli semasa beriadah serta merta hilang apabila sekali lagi berkumpul beramai-ramai untuk menikmati hidangan yang istimewa di restoran tersebut.
Konvoi bersurai pada jam 5.30 petang, acara bersalam-salaman menjadi acara kemuncak dalam aktiviti ini.
Dikesempatan yg ada ini, saya mewakili ahli zon Pulau Pinang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang telah hadir dan memberi kerjasama yang begitu baik sekali sehingga segala yang dirancangkan ini menjadi kenyataan tanpa sebarang masalah. Diharap hubungan ukhwah yang telah terjalin ini dapat berkekalan selama mana ianya masih segar didalam ingatan kita, InsyaAllah..
Yang Menjalankan Tugas,
Mijan..
Wakil Ahli-Ahli ProCC Zon Utara
|
|
|
|
| Saturday, 28-May-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Annual Dinner ProtonClub.Com 2005
|
|
|
|
|